7 Sept 2014, Ahad - Hari ini aku pulang ke Kuala Lumpur kerana esoknya akan bermula sesi 2014/2015 dan bermulalah tahun akhir pengajian aku di UM. Ogos di Kunming menjadi hari keenam aku di Kunming. Setelah semalamnya penat seharian berjalan, hari ini kami berehat dari kuliah. Tetapi kerana terpesona dengan keindahan alam Taman Teratai semalam, aku dan peserta lelaki semua bercadang untuk pergi sekali lagi pagi ini dengan harapan dapat senam robik. Tapi sebab bangun lewat jadi kami tak sempat merasa senam robik pagi itu. Yang menariknya, kami dapat melihat penduduk tempatan memancing, bernyanyi, di situ. Memandangkan hari ini tiada apa-apa aktiviti, kami hanya berjalan di sekitar kawasan taman. Satu lagi yang menarik ialah haiwan-haiwan yang ada di situ termasuklah ikan koi.
Jalan punya jalan, sampailah tengahari, masa makan tengahari aku dan kawan-kawan lain semua bercadang untuk membungkus nasi. Memandangkan tiada pelajar China mengiring, kami cuba untuk berkomunikasi sendiri. Pusing-pusing jumpa satu kedai muslim ni. Tak sangka kami berjaya juga bercakap mandarin walaupun agak terabur sikit. Nasi tu kami bungkus, lepas tu order makan mee tarik pula.. Tak sangka meenya memang sedap dengan kuah pun sedap. Memang terbaiklah.
Habis makan sambung berjalan walaupun masih belum mandi dari pagi.. pergi masuk kedai kasut sebab Yazmin nak cari kasut, bukan main lagi dia minta itu ini, aku pula risau takut nanti dia tak beli, marah Lao Ban tu. Tapi nasib baiklah Yazmin beli juga..
Petang itu kami menghabiskan masa dengan membuat aktiviti sendiri, ada yang keluar ke pasar dan ada yang berehat di bilik sahaja.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment