2 Sept 2014, Selasa - Hari ini merupakan hari ketiga aku di Malaysia selepas pulang dari China. Sepanjang aku di China, aku tak boleh layar facebook, dan blog jadi cerita sepanjang di China aku tangguhkan sehingga aku pulang ke Malaysia. Sekarang aku sudah pulang, dan seperti yang aku rancangkan, aku akan coretkan cerita hari-hariku di China.
4 Ogos 2014 merupakan hari bagi aku dan rakanku bertolak ke China. Awal pagi lagi kami dah bangun bersiap. Pagi itu sebenarnya aku dikejutkan oleh Hidayah jam 4 pagi sebab dia minta tolong aku membetulkan Kertas Projek dia untuk dihantar kepada pensyarah. Dengan mata yang sembam aku gagahkan juga membetulkan Kertas Projeknya yang pada aku agak berserabut. Sehingga jam 7 pagi, Kertas Projek itu masih belum siap sedangkan rakan-rakan lain semuanya dah bersiap mandi untuk menunggu bas ke Lapangan Terbang. Jujur masa itu, aku sangat geram, dan lepas sahaja siap membetulkan Kertas Projek itu, aku terus bersiap mandi dan mengemas bagasi, Lebih kurang jam 8 pagi aku dah berada di depan pagar kolej bersama yang lain-lain. Menunggu punya menunggu akhirnya bas tiba jam 9 pagi dan selepas semua berada dalam bas, sesi taklimat dari Pengarah dan Timbalan Pengarah APM pun bermula.
Habis setakat itu, kami bergerak ke Lapangan Terbang dan check in flight. Walaupun agak kelam kabut tapi secara keseluruhannya semua selesai dengan baik sekali. Ini merupakan pengalaman pertama bagi aku menaiki kapal terbang, apatah lagi ke tempat yang lebih jauh. Sampai sahaja di Lapangan Terbang Kunming, bermula dari situ, semuanya terletak pada diri kami sendiri. Masing-masing masa itu mati akal, tak ketahuan nak buat apa. Tapi dengan sedikit rasa keberanian bersama kami semua lepas juga daripada pintu kawalan imigresen dan disitu juga kami bertemu dengan sahabat-sahabat China kami.
Memang aku agak lambat berjalan masa itu, tetapi aku lambat bersebab, ada dikalangan aku ni bising suruh itu ini, masa tu memang aku agak angin sikit tapi sebab fikir tanggungjawab aku diamkan saja. Bila Zahrah memberikan kami senarai nama dan kunci bilik asrama kami, aku agak terkejut sebab nama aku jadi tertukar jantina, yang perempuan ada yang tertukar jadi lelaki, bukan tu saja, aku dapat satu bilik dengan pelajar perempuan. Jadi, nak tak nak, kena la aku betulkan semula.
Tup tap tup tap, kami sampai di asrama jam 7.20 malam. Pelajar Yunnan minta kami untuk datang kelas jam 7.30 untuk makan malam bersama. Masa datang kela tu, kami jumpa lagi sebahagian pelajar China lain yang bertanggungjawab menghias kelas. Memang satu kejutan bila tengok makanan yang mereka hidangkan, sebab terlampau banyak dan tak habis dimakan. Malam itu, aktiviti kami tamat dengan perkenalan ringkas sesama pelajar dan pulang ke bilik untuk mengemas dan berehat.
Sampai disini dahulu untuk cerita Ogos di Kunming...
Sesi Taklimat dengan Pengarah Ijazah Dasar APM. |
Kami di Lapangan Terbang |
Dah sampai Di Kunming Airport, bertemu dengan rakan-rakan China. |
Dah sampai di Kampus lama Yunan University of Nationalities. |
Kecek, nasi dan Chopstik. :P |
No comments:
Post a Comment