4 Sept 2014, Khamis - Hari ke 3 Di kunming, 6 Ogos 2014, segala keletihan telah hilang. Pagi-pagi lagi semua telah hadir ke kelas untuk memulakan kelas pertama tepat jam 9 pagi, Han Yu Pin Yin bermula. Kelas pertama mengenal Han Yu Pin Yin terdiri daripada tiga komponen iaitu konsonan + vokal + nada. Rasa macam aku ni budak darjah satu pula bila baca 'a' 'e' 'i' 'o' 'u'. Lepas tu kami belajar perbualan harian. Contohnya macam mengucapkan selamat, Ni Hao, Zao Shang Hao, Xia Wu Hao Wan Shang Hao, Ni Hao Ma, Wo Hen Hao, Xie Xie, Bu Yong Xie dan bertanyakan nama, Ni jiao shen me? Wo jiao....
Kelas satu yang aku pasti sangat bising dari pagi sampai petang jadi aku fikir untuk menegur semua tentang hormat. Habis kelas pagi semua mula untuk makan tengah hari. tapi disebabkan ramai yang tidak mahu makan La Mian, jadi separuh daripada kami keluar makan ayam dan burger di kedai berhampiran. Selepas habis makan tengahari, kami berehat sementara menunggu kelas petang.
Jam 2 petang kelas bermula, tetapi aku dan Yazmin datang kelas lewat. Akibatnya kami tidak ketahuan apa yang berlaku. Asasnya mereka sedang menceritakan tentang kaum Shui dan kaum Yi. Aku dan Yazmin diminta ke hadapan untuk mendemonstrasikan cara memikat wanita bagi kaum tersebut. Apabila ingin memikat seseorang wanita, lelaki hendaklah menyanyi, jika perempuan itu suka, dia akan membuka payung, jika tidak, perempuan itu akan buat tak tahu sahaja.
Tiba-tiba saja aku rasa tak seronok sebab demo tu macam menunjukkan ramai yang tak suka aku, so aku marah. Itu aku akui salah aku sendiri sebab aku sepatutnya tidak campurkan hal peribadi. Aku cuba kawal perasaan aku. Mereka meneruskan aktiviti dengan kraftangan ikatan China. Sekali lagi aku emosional bila aku tengok ikatan aku tak menjadi. Nampak serabut, semua jadi tak kena, Kecek tegur sikap aku, aku mula sedar silap aku. Thanks Kecek.
Malam itu, Unit Perancangan Program adakan post-mortem kecil sepanjang tiga hari kami berada di Kunming. Itupun sebab memang aku dah pesan untuk adakan aktiviti seperti ini, Jadi mudahlah untuk aku tahu apa yang berlaku, permasalahan, dan sebagainya. Tapi berlaku satu insiden kecil sementara menunggu semua berkumpul, aku dapat tahu ada sekumpulan peserta keluar berjalan dan tersesat semasa berjalan pulang. Masa tu hanya tuhan saja tahu betapa risaunya aku. Tak puas hati, aku dengan Zahrah keluar mencari mereka tetapi mereka bernasib baik kerana mereka jumpa satu mercu tanda kedai burger yang mereka makan tengah hari tadi dan mereka jumpa jalan pulang. Kami bertemu berhampiran dengan asrama. ada diantara mereka yang sedih tetapi dipujuk oleh Zahrah.
Lepas insiden itu, kami meneruskan post-mortem kecil kami. Daripada apa yang dikongsikan, aku menasihati mereka untuk berhati-hati semasa keluar berjalan, seboleh-bolehnya berteman dengan pelajar China. Dan aku juga menasihati tentang hormat dengan mereka yang bercakap di hadapan. Insiden kecil ini aku tidak mahu melaporkan pada APM kerana pada aku ianya perkara kecil yang berlaku tidak sampai 20 minit.
Bersambung....
Yunnan Normal University, dekat dengan kedai burger. |
Chinese Knot, Jom menyerabutkan tangan. |
Mercu tanda, kedai burger yang menyelamatkan orang sesat. |
Demonstrasi memikat wanita bagi kaum Shui. |
No comments:
Post a Comment