3 Sept 2014, Rabu - Episod 5 Ogos 2014 di kunming hari kedua bermula jam 9 pagi. Aku dan kawan-kawan lain semua ke kelas untuk sesi taklimat bagaimana caranya hidup di kunming. Tetapi sejam sebelum ke kelas kawan-kawan China kami membawa kami bersarapan di warung berhampiran. Oleh kerana tidak ketahuan, masing-masing dari kami order mee tarik seorang satu dan hasilnya satu mangkuk besar mee untuk setiap orang. Disebabkan terlampau banyak, makanan tak habis.
Kelas bermula dengan taklimat cara hidup di Kunming, ada banyak perkara perlu diambil kira seperti kenderaan awam, komunikasi, keselamatan dan pelbagai lagi. Tidak banyak yang berlaku pada hari ini, kerana masing-masing masih lagi kepenatan. Selepas makan tengahari, aku dan 3 orang lagi mengikuti Zahrah untuk membeli simkad. Urusan mendapatkan simkad China agak sukar kerana memerlukan kad warganegara atau passport. Untuk memudahkan kerja, Amnah, Zahrah dan Mardiah menggunakan kad mereka. Urusan ini memakan masa lebih dari 2 jam. Jadi kami ambil kesempatan untuk berjalan membeli makanan kering di Carrefour berhampiran.
Satu perkara yang menarik pada hari pertama di Kunming adalah kunci bilik aku patah sebab Yazmin tersalah masukkan kunci, jadi hari ini aku membuat kunci baru.. tapi sayangnya, kunci itu tak dapat digunakan. Seperti biasa malamnya kami berehat sebelum menempuh hari yang lebih mencabar esoknya.
Bersambung...
|
Pagi sebelum pergi sarapan ambil gambar dulu. |
|
Ni warung pertama kami.. Order Lamian. |
|
Lao ban warung Lamian. |
|
Sesi Taklimat hidup di Kunming oleh Zahrah. |
|
Jom makan tengahari. |
|
Dah cari barang kering, ambil gambar la pula. |
No comments:
Post a Comment