6 Sept 2014, Sabtu - Episod 5, 8 Ogos 2014, the first Friday in Kunming, so awesome... Since hari ini merupakan hari Jumaat, aku dan rakan-rakan lain telah bercadang untuk mengenakan pakaian Baju Melayu dan Baju Kurung untuk keluar ke Masjid, selain itu kami dapat menyambut raya kami di sini. Nak upload video tapi line slow. Tapi sayang, Yazmin tak ada baju melayu, tapi dia tetap awesome. Menariknya hari ini ialah kami tak ada kelas, jadi untuk menghabiskan masa sebelum solat jumaat, kami telah pergi ke 3 buah taman yang pada aku sangat menarik, sangat cantik dan sangat hijau. Boleh aku katakan aku sangat jatuh hati dengan Kunming sebab tamannya. Di Malaysia memang ada taman tapi dah susah nak jumpa taman sehijau di Kunming.. Rasa segar sangat.
Berbalik kepada cerita taman tadi, sebenarnya masa on the way nak keluar tu aku tengok Zahrah tak ada, so aku agak kecewa sikit, tapi sebab nak berjalan, rasa kecewa itu hilang. Pertama sekali kami pergi ke Taman Tasik Teratai. Dekat je dengan asrama. Pagi-pagi, orang tempatan di sini selalunya bersenam, aerobik, taichi, jogging, main pedang, memang sangat best. Boleh dikatakan diorang ni nampak sihat sangat walaupun dah berusia, kesegaran pagi ditambah dengan kehijauan taman dekat sini memang menyegarkan otak. Di antara kami pun teruja sampai ikut serta aerobik.. Baju kurung pun baju kurunglah, peduli apa kan? janji 'aku' enjoy, gamaknyalah... Aku nak tunjuk video tapi tak boleh sebab line slow sangat, sorry tau.
Lepas pusing sekitar taman dengan aerobik tu, dalam pukul 10.30, kami pergi ke Yunnan University pula. Tujuan utamanya memang nak tengok universiti ni tapi bila masuk saja dalam universiti ni sekali lagi aku terpegun dengan keindahan ciptaan di sini. Bukan disebabkan bangunannya, tetapi oleh kerana tamannya. Di Malaysia jam 10.30 pagi matahari dah mencacak je tapi di China pukul 10.30 itu masih sangat tenang cuacanya duduk dalam taman pun masih dapat rasa kesegarannya, mana lah tak bertambah rasa cinta di Kunming ni. Seriusly tak puas berjalan dalam universiti ni sebab sangat luas.. Satu lagi yang menarik dalam universiti ni, bangunannya macam bangunan di Melaka, lepas tu kalau ada siapa-siapa yang pakai baju kebaya bergambar, memang persis baba dan nyonya Melaka.
Habis jelazah universiti walaupun tak habis sebenarnya, tembus pula ke satu lagi taman iaitu Taman Tasik Hijau, ataupun senang dipanggil Green Lake. Sebabnya tasik di taman ini berwarna hijau. Dekat sini, ramai orang mencari sumber ekonomi dengan berniaga. Yang menarik di sini ada souvenirs untuk dihadiahkan pada rakan-rakan dan keluarga. Murah-murah barangnya. Lebih kurang jam 11.30 kami berkumpul semula untuk bergerak pula ke perkampungan Islam di Pusat Bandar, di situ terdapat banyak masjid dan kami bersembahyang di situ.
Setibanya di Perkampungan Islam tu, kami sempat makan tengahari sebelum solat, tetapi kami sedar yang kami terpisah dengan Yazmin. Sekali dia call. bila dia bagitahu yang dia sudah ada dalam masjid, kami hanya mengiyakan sahaja tetapi tak sangka pula dia masuk masjid lain, kami di masjid yang lain. Nak di jadikan ceritanya, bila masuk je masjid tu, memang sangat sesak dah penuh dah sangat sampai tak ada tempat masa tu pula hujan, jadi tak ada la saf di bahagian luar masjid terpaksala berhimpit. kami pula tak tahu di mana nak ambil wudhuk, cari punya cari rupanya ada di depan masjid, kelam kabut jadinya sebab khutbah pendek elok habis aku ambik wudhuk terus dah solat, dah la airnya air panas. First time ambik wudhuk guna air panas.. bhahahahaha..
But in the end, semuanya bagus. Habis solat jumaat kami berjalan ke mall berhampiran beli souvenirs beli itu ini, hujan pun hujan lah janji dapat beli barang katanya... bhahahaha tapi sebab dah terlampau banyak berjalan, kaki exhausted dan kami balik untuk rehat.
Bersambung...
No comments:
Post a Comment