Bismillahirahmanirahim..
Hari ini saya kemukakan bagaimana PSV dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS. Sebelum itu, saya kemukan dahulu Objektif Kurikulum Seni Visual.
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka & olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri & tanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan PSV
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti senggangan yang berfaedah.
Apakah perkaitan dengan melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS?
Jelas sekali apa yang ditunjukkan daripada objektif kurikulum tersebut sangat bersangkutan dengan JERIS. Saya huraikan satu persatu dari segi JASMANI iaitu luaran diri pelajar, bagaimana untuk melahirkan pelajar holistik luarannya melalui PSV? Melalui penglibatan diri pelajar dalam kegiatan seni secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan, membiasakan diri membuat rekaan seni teratur, cermat dan selamat, dan menggunakan teknologi dalam penghasilan PSV.
Dari segi EMOSI pula yakni perasaan diri pelajar, pelajar yang holistik dalamannya melalui PSV dapat dilahirkan apabila pelajar dapat menghargai keindahan ciptaan Tuhan, disamping dapat meletakkan perasaan pada sesuatu karya sama ada gembira, sedih, marah, dan sebagainya. Melalui penghayatan itu, pelajar dapat bermain dengan perasaan tentang keajaiban ciptaan Tuhan, menghargai alam, dan hidupan dan diolah melalui seni visual.
Beralih pula kepada ROHANI iaitu dalaman pelajar, melalui objektif menghargai keindahan ciptaan Tuhan juga dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS. pelajar perlu didedahkan dengan moral, keagamaan dan nilai-nilai murni. Melalui PSV pelajar dapat menghasilkan karya berdasarkan apa yang Tuhan ciptakan bagi menunjukkan bahawa ciptaan Tuhan itu tinggi nilainya.
INTELEK bersamaan dengan pemikiran individu tetapi bukan sekadar pemikiran biasa sebaliknya satu pemikiran yang tinggi yang perlu ada dalam diri pelajar. PSV dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS apabila pelajar menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. PSV juga melatih pelajar berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu dan melalui PSV itu pelajar boleh mengaplikasikan dalam kehidupan melalui penjanaan idea-idea kreatif.
Huruf akronim terakhir iaitu S untuk SOSIAL, bagaimana ia dapat melahirkan pelajar yang holistik boleh dilihat dalam objektif tersebut pada nombor 7. memupuk nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan tanggungjawab menunjukkan pelajar dapat berinteraksi sesama pelajar dalam penghasilan karya yang baik.
No comments:
Post a Comment