-->

Suhaimi Mohd Sharif (SMS)

E-Diary

Thursday, 28 March 2013

Teknik Pendidikan dan Pengajaran

Teknik

Kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam kaedah. Teknik juga menentukan keberhasilan kaedah yang digunakan guru dalam pengajaran. Ada Teknik :-


• Teknik main peranan
• Teknik permainan bahasa
• Teknik latih tubi
• Teknik bercerita
• Teknik inkuiri
• Teknik perbahasan
• Teknik kuiz
• Teknik sumbangsaran
• Teknik soal jawab
• Teknik simulasi
• Teknik drama
• Teknik perbincangan


Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.

Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.

Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.

Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.

Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.

Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.

Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.

Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.

Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Posted by Unknown at 21:44
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Profil Saya

Unknown
View my complete profile

Jom Borak

Like (y)

Followers

Blog Archive

  • ►  2015 (5)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2014 (23)
    • ►  September (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ▼  2013 (37)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (5)
    • ▼  March (13)
      • Bagaimana Pendidikan Seni Visual dapat melahirkan ...
      • Strategi Pendidikan dan Pengajaran
      • Teknik Pendidikan dan Pengajaran
      • Kaedah Pendidikan Dan Pengajaran
      • Pendekatan Pendidikan Dan Pengajaran
      • Seorang Guru Yang Baik...
      • Tumpuan Utama Seni Visual
      • Apa yang kita pelajari hari ini dalam P&P Seni? Ku...
      • 11 Anjakan Laporan Pembangunan Pendidikan Malaysia...
      • Bagaimanakah cabang-cabang falsafah berkaitan deng...
      • Learning Theories. (Teori Pembelajaran)
      • Cabang-cabang Falsafah
      • Apa yang kita pelajari hari ini dalam P&P SENI?
Picture Window theme. Theme images by fpm. Powered by Blogger.
Red Rose), url(Red Rose), auto;}