Pendekatan
Arah atau hala menuju sesuatu sasaran yang digunakan bagi memulakan proses pengajaran. Pendekatan pengajaran di asingkan mengikut cara pengelolaan pelajar, penyampaian dalam kelas, keaktifan pengajar dan pelajar. Antara ciri-ciri pendekatan yang diamalkan seperti :-
i. konkrit kepada abstrak
ii. mudah kepada kompleks
iii. keseluruhan kepada bahagian
iv. umum kepada spesifik
v. spesifik kepada umum
vi. diketahui kepada tidak diketahui
Pendekatan-pendekatan ini pula terbahagi kepada bahagian seperti :-
i. Pengajaran berpusatkan guru (teacher centered)
ii. Pengajaran berpusatkan pelajar (student centered)
iii. Pengajaran berpusatkan bahan (tool centered)
iv. Induktif
v. Deduktif
vi. Inkuiri
vii. Masteri
Cara Guru - pendekatan yang digunakan seperti syarahan, demonstrasi, serta bercerita. Pendekatan ini
kurang memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian dalam P&P.
Cara Pelajar - pelajar berpeluang untuk memberi pendapat dan idea berkenaan topik. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yag ada dalam fikiran mereka. contohnya melalui pendekatan berkumpulan, individu, lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan permainan.
Cara Bahan - memerlukan pemikiran kreatif guru dalam P&P untuk menarik minat pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya dalam menyampaikan isi pelajaran.
Cara Induktif - pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
Cara Deduktif - pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta.
Cara Inkuiri - pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya.
Cara Masteri - Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.
No comments:
Post a Comment