9/April/2013
Okay hari ni saya telah pergi ke sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, 34600, Kamunting, Perak untuk memulakan pemerhatian saya terhadap pendekatan, kaedah, teknik dan strategi Pendidikan dan Pengajaran seni yang digunakan oleh cikgu sekolah itu..
Sebenarnya saya sudah pergi ke sekolah tersebut pada hari sebelumnya(semalam lah) tapi itu untuk memeberitahu kedatangan saya serta meminta izin pihak sekolah untuk saya membuat pemerhatian. Saya telah menyediakan satu borang pemerhatian P&P seni bagi memudahkan lagi pemerhatian saya.
Kelas Seni yang saya masuki ini ialah kelas paling hujung atau pun boleh kata kelas terakhir daripada 4 kelas. Dari segi kefahaman murid serta pemikiran murid, boleh dikatakan di tahap rendah kerana daripada apa yang saya perolehi mereka dari kalangan yang datang dari kelas peralihan. Nama cikgu yang saya perhati ini ialah Cikgu Suhaila Bt Mohd Saad.
Kelas dimulakan dengan guru kelas membuat ulasan tentang kerja murid minggu lepas iaitu pengenalan kepada membentuk dan membuat binaan. Pada hari ini kelas diteruskan lagi dengan penghasilan yang seterusnya iaitu hiasan dinding. Daripada pemerhatian saya, guru ini menggunakan pendekatan Teacher Centered bagi mengawal keadaan kelas tetapi masih ada lagi pendekatan Students Centered dan Tools Centered yang digunakan dalam P&P kerana ada idea-idea yang dikeluarkan murid serta penggunaan bahan bantu mengajar seperti akhbar dan kertas lukisan bagi menghasilkan Hiasan Dinding digunakan.
Seterusnya, guru ini telah menggunakan kaedah Terus dalam P&P iaitu menerangkan bagaimana untuk menghasilkan Hiasan Dinding serta bahagian kertas lukisan mana yang harus digunakan murid bagi mengesankan P&P.
Guru ini turut menggunakan teknik Simulasi bagi menghasilkan satu contoh gambaran kepada murid dalam satu tempoh singkat berserta hiasan. Guru turut menggunakan teknik tunjuk cara iaitu menunjuk cara menghasilkan karya mengikut langkah daripada umum kepada khusus bagaimana menghasilkan hiasan dinding.
Strategi SMART yang digunakan oleh guru tersebut:
Specific : Berdasarkan teknik tunjuk cara, guru ini telah menerangkan P&P secara jelas bermula dengan ulasan P&P minggu lepas sebagai pengenalan kepada apa yang akan dilakukan murid hari ini
Measurable : P&P ini boleh diukur mengikut kefahaman kelas tahap pemahaman rendah dengan car menggunting dan menampal serta menghias mengikut tahap murid ini.
Attainable : P&P ini boleh dicapai murid berdasarkan tahap mudah faham murid berserta simulasi dan contoh yang ditunjukkan sebelum menerangkan cara penghasilan karya disamping itu juga saya ada mengambil gambar hasil kerja murid menunjukkan murid memahami dan mencapai P&P.
Relevant : P&P ini relevan kerana murid turut dapat menyampaikan idea-idea berkaitan dengan P&P menunjukkan murid memahami kelas.
Time-Bound : Kelas ini bermula pada jam 9.40-10.40, walau bagaimanapun mengikut keadaan guru tersebut, kelas telah dimulakan pada jam 9.45 dengan menerangkan P&P berserta ulasan dan simulasi selama 15 minit dan baki selebihnya iaitu 40 minit diberi kepada murid untuk menghasilkan Hiasan Dinding dengan menggunakan akhbar
Pemerhatian Tambahan :
Guru dapat mengawal keadaan kelas yang bising dengan teratur.
Guru akan kembali kepada tugasan utama yang harus dilakukan murid bagi mencapai P&P.
Gambar hasil kerja murid :
No comments:
Post a Comment