Bismillahirahmanirahim..
Hari ini saya kemukakan bagaimana PSV dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS. Sebelum itu, saya kemukan dahulu Objektif Kurikulum Seni Visual.
1. menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan
2. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual secara aktif, kritis, kreatif dan menyeronokkan
3. menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera
4. mengenali asas seni reka & olahan serta dapat menggunakannya
5. mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai kegiatan seni visual
6. membiasakan diri membuat rekaan seni dengan teratur, cermat dan selamat
7. memupuk nilai-nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri & tanggungjawab
8. mengenal dan menghargai tokoh seni dan budaya tanah air
9. menggunakan kemudahan teknologi dalam kegiatan penghasilan PSV
10. melibatkan diri dalam kegiatan seni visual sebagai aktiviti senggangan yang berfaedah.
Apakah perkaitan dengan melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS?
Jelas sekali apa yang ditunjukkan daripada objektif kurikulum tersebut sangat bersangkutan dengan JERIS. Saya huraikan satu persatu dari segi JASMANI iaitu luaran diri pelajar, bagaimana untuk melahirkan pelajar holistik luarannya melalui PSV? Melalui penglibatan diri pelajar dalam kegiatan seni secara aktif, kritis, kreatif, dan menyeronokkan, membiasakan diri membuat rekaan seni teratur, cermat dan selamat, dan menggunakan teknologi dalam penghasilan PSV.
Dari segi EMOSI pula yakni perasaan diri pelajar, pelajar yang holistik dalamannya melalui PSV dapat dilahirkan apabila pelajar dapat menghargai keindahan ciptaan Tuhan, disamping dapat meletakkan perasaan pada sesuatu karya sama ada gembira, sedih, marah, dan sebagainya. Melalui penghayatan itu, pelajar dapat bermain dengan perasaan tentang keajaiban ciptaan Tuhan, menghargai alam, dan hidupan dan diolah melalui seni visual.
Beralih pula kepada ROHANI iaitu dalaman pelajar, melalui objektif menghargai keindahan ciptaan Tuhan juga dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS. pelajar perlu didedahkan dengan moral, keagamaan dan nilai-nilai murni. Melalui PSV pelajar dapat menghasilkan karya berdasarkan apa yang Tuhan ciptakan bagi menunjukkan bahawa ciptaan Tuhan itu tinggi nilainya.
INTELEK bersamaan dengan pemikiran individu tetapi bukan sekadar pemikiran biasa sebaliknya satu pemikiran yang tinggi yang perlu ada dalam diri pelajar. PSV dapat melahirkan pelajar yang holistik dari segi JERIS apabila pelajar menajamkan daya imaginasi melalui pancaindera. PSV juga melatih pelajar berfikiran kreatif dan kritis dalam menghasilkan sesuatu dan melalui PSV itu pelajar boleh mengaplikasikan dalam kehidupan melalui penjanaan idea-idea kreatif.
Huruf akronim terakhir iaitu S untuk SOSIAL, bagaimana ia dapat melahirkan pelajar yang holistik boleh dilihat dalam objektif tersebut pada nombor 7. memupuk nilai kerjasama, yakin diri, disiplin diri dan tanggungjawab menunjukkan pelajar dapat berinteraksi sesama pelajar dalam penghasilan karya yang baik.
Sunday 31 March 2013
Thursday 28 March 2013
Strategi Pendidikan dan Pengajaran
Strategi
Susunan-susunan pendekatan, kaedah dan teknik bagi mencapai matlamat dengan mengunakan tenaga, masa dan kemudahan secara maksimum begitu juga bagi mencapai objektif pembelajaran. Konsep strategi merupakan kebijaksanaan memilih pendekatan serta kecekapan merancang kaedah dan teknik dalam satu- satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang telah ditelah ditentukan. Konsep Strategi paling mudah untuk diamalkan oleh guru ialah konsep
S - Specific
M - Measurable
A - Attainable
R - Relevant
T - Time-bound
SPECIFIC - Sesuatu pembelajaran atau subjek yang akan diajar guru haruslah mempunyai matlamat spesifik. Hal ini demikian, guru yang profesional akan menyediakan bahan bantu mengajar dengan rapi sebelum memulakan pengajaran supaya sesi pengajaran berjalan dengan lancar. Di samping itu, subjek yang diajar tidak lari daripada tajuk asal yang akan diajar guru.
MEASURABLE - Sesuatu pembelajaran itu harus ada ukuran mengikut tahap. Guru perlu tahu bagaimana untuk menarik minat pelajar melalui pembelajaran itu. Jelasnya, seorang guru perlu mengajar subjek mengikut kebolehan dan tahap pelajar tersebut supaya pembelajaran tersebut dapat difahami pelajar.
ATTAINABLE - Sesuatu pembelajaran itu mestilah dapat dicapai oleh pelajar. Melalui strategi, pendekatan, kaedah serta teknik yang digunakan guru haruslah dapat dicapai pelajar supaya pelajar dapat memahami pelajaran itu. Satu masalah yang selalu dialami antara guru dan pelajar ialah guru mengejar silabus menyebabkan tidak semua pelajar dapat mencapai pelajaran yang diajar.
RELEVANT - Sesuatu pelajaran itu perlu relevan dengan pelajar seperti mengikut turutan dari yang umum kepada yang khusus, daripada mudah kepada kompleks, dan sebagainya. Tujuannya supaya pelajar dapat mengikuti subjek secara berperingkat dan memahami pelajaran itu. Pelajaran lebih mudah dimulakan dengan yang asas supaya pelajar tidak terus lompat subjek lain tanpa mengetahui asasnya.
TIME-BOUND - Sesuatu pelajaran itu harus ada masa yang cukup untuk menyampaikan pelajaran. Ini sangat berkaitan dengan cara penyampaian guru dan kaedah yang digunakan. Subjek yang terdapat dalam silabus tidak sama tahap antara bab, ada yang mudah dan ada yang sukar, tetapi peranan guru perlu tahu bagaimana dapat menyampaikan subjek mengikut masa yang ditetapkan. Justeru kaedah penyampaian dan pendekatan yang digunakan amat penting untuk menyampaikan subjek.

Teknik Pendidikan dan Pengajaran
Teknik
Kemahiran atau perkara khusus yang terdapat dalam kaedah. Teknik juga menentukan keberhasilan kaedah yang digunakan guru dalam pengajaran. Ada Teknik :-
• Teknik main peranan
• Teknik permainan bahasa
• Teknik latih tubi
• Teknik bercerita
• Teknik inkuiri
• Teknik perbahasan
• Teknik kuiz
• Teknik sumbangsaran
• Teknik soal jawab
• Teknik simulasi
• Teknik drama
• Teknik perbincangan
Bagi teknik perbincangan, ianya berbentuk perbualan dan dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan guru.
Teknik brainstorming ialah teknik yang berbentuk perbincangan yang mana pelajar digalakkan untuk berfikir secara kreatif dan aktif bagi menghuraikan pendapatnya.
Seterusnya teknik soal jawab yang merupakan teknik yang kerap digunakan oleh guru. Ia mewujudkan interaksi antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru bertanyakan soalan dan pelajar akan menjawab soalan tersebut. Setiap soalan yang ditanya mempunyai aras kesukaran yang tertentu.
Bagi teknik main peranan pula, ianya melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan melakonkannya tanpa sebarang bantuan skrip. Hal ini berlaku secara spontan yang mana pelajar-pelajar perlu bijak dalam memainkan peranan mereka semasa sesi ini berlangsung.
Teknik bercerita pula membawa maksud guru memilih cerita yang sesuai dengan pelajar dan isi pengajaran yang hendak disampaikan. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan.
Manakala teknik tunjuk cara sesuai digunakan terutama dalam proses pengajaran yang memerlukan pelajar bertutur dengan menggunakan ayat-ayat yang betul dan sempurna. Di samping menunjuk cara, pelajar-pelajar juga diminta untuk menerangkannya melalui bahasa yang baik. Sebelum pelajar menunjuk cara, guru perlulah menerangkan maksud tunjuk cara tersebut dan perkara-perkara yang harus dicakapkan.
Seterusnya adalah teknik penyelesaian masalah di mana teknik ini dilaksanakan di bawah penyeliaan guru. Pelajar-pelajar diberi masalah dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.
Teknik latih tubi pula merupakan pengulangan fakta-fakta yang telah dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut dan di samping untuk menjamin pengekalannya.
Teknik terakhir ialah teknik permainan bahasa iaitu guru membentuk satu situasi yang memerlukan pelajar menggunakan bahasa yang ada pada mereka untuk menyelesaikan tugas-tugas permainan yang diberi.

Kaedah Pendidikan Dan Pengajaran
Apakah?
Dalam Kamus Dewan - Kaedah = cara @ aturan. Ada siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai matlamat. Terdapat pelbagai jenis kaedah seperti :-
Dalam Kamus Dewan - Kaedah = cara @ aturan. Ada siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai matlamat. Terdapat pelbagai jenis kaedah seperti :-
- kaedah terus
- kaedah semula jadi
- kaedah tentera atau askar
- kaedah ajuk-hafaz
- kaedah linguistik
- kaedah oral-aural
- kaedaah terjemahan
- kaedah psikologi
- kaedah kod-kognitif
- kaedah khusus
Salleh Mohd Akib (1975), kaedah terus ialah kaedah pengajaran secara perbualan untuk memperkenalkan bahasa kedua kepada kanak-kanak.
Kaedah Semulajadi pula hampir sama dengan kaedah Terus. Pengajaran dimulakan dengan soalan-soalan yang berhubung dengan objek dan gambar. Perkataan-perkataan yang baru diterangkan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang telah diketahui oleh murid. Terjemahan tidak langsung digunakan dalam kaedah ini.
Manakala Kaedah Oral-Aural pula merupakan kaedah mendengar dan kemudiannya bertutur dengan menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Latih tubi dan dialog dijalankan dalam cara yang realistik dengan memberi perhatian kepada intonasi yang betul.
Seterusnya kaedah Linguistik yang membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya untuk mempelajari bahasa baru dari segi bunyi. Aktiviti dimulakan dengan latihan pendengaran yang kemudiannya diikuti oleh aktiviti menyebut. Pengajaran tatabahasa dilakukan mengikut pendekatan Induktif (Kamarudin Hj. Husin,1988).
Pendekatan Pendidikan Dan Pengajaran
Pendekatan
Arah atau hala menuju sesuatu sasaran yang digunakan bagi memulakan proses pengajaran. Pendekatan pengajaran di asingkan mengikut cara pengelolaan pelajar, penyampaian dalam kelas, keaktifan pengajar dan pelajar. Antara ciri-ciri pendekatan yang diamalkan seperti :-
i. konkrit kepada abstrak
ii. mudah kepada kompleks
iii. keseluruhan kepada bahagian
iv. umum kepada spesifik
v. spesifik kepada umum
vi. diketahui kepada tidak diketahui
Pendekatan-pendekatan ini pula terbahagi kepada bahagian seperti :-
i. Pengajaran berpusatkan guru (teacher centered)
ii. Pengajaran berpusatkan pelajar (student centered)
iii. Pengajaran berpusatkan bahan (tool centered)
iv. Induktif
v. Deduktif
vi. Inkuiri
vii. Masteri
Cara Guru - pendekatan yang digunakan seperti syarahan, demonstrasi, serta bercerita. Pendekatan ini
kurang memberi peluang kepada pelajar mengambil bahagian dalam P&P.
Cara Pelajar - pelajar berpeluang untuk memberi pendapat dan idea berkenaan topik. Pendekatan ini lebih berkesan kerana pelajar dapat menyampaikan apa yag ada dalam fikiran mereka. contohnya melalui pendekatan berkumpulan, individu, lawatan, penyelesaian masalah, projek, simulasi dan permainan.
Cara Bahan - memerlukan pemikiran kreatif guru dalam P&P untuk menarik minat pelajar. Guru-guru boleh menggunakan bahan seperti video, gambar, kertas mahjung, dan sebagainya dalam menyampaikan isi pelajaran.
Cara Induktif - pendekatan induktif merupakan satu proses penaakulan yang tinggi di mana pelajar-pelajar tidak diajar sesuatu bahan pengajaran itu secara langsung, mereka hanya diberitahu berhubung hal-hal berkaitan dengan pelajaran tersebut.
Cara Deduktif - pendekatan deduktif merupakan satu pendekatan mengajar murid kepada hukum-hukum tertentu dengan mengaplikasikan peraturan-peraturan yang telah diberikan untuk menuju ke suatu fakta.
Cara Inkuiri - pendekatan inkuiri- pelajar akan menjalankan penyelidikan tentang masalah yang hendak diselidiki. guru membimbing pelajar untuk mengutarakan soalan yang jawapannya boleh diperolehi melalui aktiviti yang telah pun dirancang sebelumnya.
Cara Masteri - Pendekatan masteri- ujian diagnos dijalankan untuk memastikan pelajar menguasai sepenuhnya isi pelajaran, kemahiran atau sikap yang dinyatakan dalam objektif.

Seorang Guru Yang Baik...
Seorang guru yang baik
1. Bertindak cepat.
Sifu saya kata....
2. Berketrampilan
Sifu saya kata....
3. Adil
Sifu saya kata....
1. Bertindak cepat.
Sifu saya kata....
"Seorang guru yang baik akan bertindak cepat untuk memberi kefahaman kepada pelajarnya. Guru yang baik akan menyediakan bahan pengajaran lebih awal daripada minggu yang ingin diajar, bukannya sehari sebelum subjek tersebut baru nak bersiap sedia."
2. Berketrampilan
Sifu saya kata....
"Seorang guru yang baik mempunyai ciri ketrampilan yang boleh dijadikan contoh kepada pelajarnya. Guru yang baik mampu mengawal kelasnya bersama dengan pelajar dan menyeronokkan."
3. Adil
Sifu saya kata....
"Sorang guru yang baik ialah seorang guru yang adil dalam tindakannya terhadap anak muridnya dimana yang salah tetap salah dan didenda tidak kira siapa pelajar itu. Guru yang baik tidak akan senang digulakan pelajarnya. Guru haruslah adil terhadap semua anak muridnya dan bersikap tidak pilih kasih."
Wednesday 27 March 2013
Tumpuan Utama Seni Visual
1. Pemerhatian secara aktif
-merangkumi kesedaran pemerhatian keseluruhan, berfokus dan terperinci.
-memperkembang deria penglihatan
-membantu perkembangan emosi dan imaginasi.
-murid dilatih membuat pemerhatian terhadap objek alam dan objek buatan manusia
2. Interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan
-menggalakkan murid meneroka dan mencuba pelbagai kegiatan kreatif menggunakan alat dan bahan
-memperkembangkan psikomotor dan kemahiran asas seni visual berhubung dengan media dan teknik.
-memberi peluang kepada murid belajar secara 'indirect'
3. Apresiasi seni visual secara mudah
-murid dapat mengenali aspek pengetahuan seni visual dan kegunaannya.
-murid menyatakan apa yang dilihat dari aspek seni ; unsur penilaian
-penyataan yang dibuat melalui lisan, cerita, lakonan, nyanyian, karangan dan puisi.
4. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan
-murid dipupuk nilai menyayangi dan menghargai persekitaran dan kehidupan mereka
-murid dapat membuat pertimbangan yang wajar apabila berhadapan dengan pelbagai situasi.

Apa yang kita pelajari hari ini dalam P&P Seni? Kuliah 6
Pada hari ini saya belajar menjadi guru yang profesional dengan pelajarnya. Apa yang berlaku di Pusat Dialog Peradaban?
"Maafkan saya Dr. Saya lewat kerana mencari kelas." Okay. Itu apa yang telah saya ucapkan semasa masuk dalam kelas tadi.
Teruskan kepada tujuan utama hari ini ialah refleksi minggu ke-6. Seorang guru yang profesional mempunyai 4 tumpuan utama iaitu
i - pemerhatian secara aktif
ii - interaksi yang kritis & kreatif dengan alat dan bahan bantu mengajar
iii - apresiasi Seni Visual secara mudah
iv - menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan.
Seorang guru yang profesional, mengikut kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam 4 kegiatan :-
i - menggambar
ii - membuat corak & rekaan
iii - membuat bentuk & binaan
iv - mengenal kraf tradisional

Thursday 21 March 2013
11 Anjakan Laporan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
1. MENYEDIAKAN KESAMARATAAN AKSES KEPADA PENDIDIKAN BERKUALITI BERTARAF ANTARABANGSA
- Menanda aras keupayaan dalam kemahiran membaca, matematik dan sains dengan standard antarabangsa
- Melancarkan kurikulum baru sekolah menengah (KSSM) dan semakan semula kurikulum sekolah rendah (KSSR) pada 2017
- Merombak peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi pada 2016
- Meningkatkan kualiti prasekolah dan meningkatkan enrolmen kepada 100% menjelang 2020
- Melanjutkan pendidikan wajib daripada 6 tahun kepada 11 tahun bermula pada umur 6+ tahun, disokong dengan program pengekalan yang disasarkan dan latihan vokasional sebagai persediaan untuk pekerjaan
- Meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus
2. MEMASTIKAN SETIAP MURID PROFISIEN DALAM BAHASA MALAYSIA DAN BAHASA INGGERIS
- Memperkenalkan kurikulum Bahasa Malaysia yang sama pada peringkat rendah, dengan sokongan pemulihan intensif untuk murid yang memerlukan bagi menggantikan kelas Peralihan
- Memperluas program LINUS supaya meliputi literasi Bahasa Inggeris
- Meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris guru dan memperluaskan peluang bagi pendedahan terhadap Bahasa Inggeris
- Menggalakkan setiap murid mempelajari bahasa tambahan menjelang 2025
3. MELAHIRKAN RAKYAT MALAYSIA DENGAN PENGHAYATAN NILAI
- Memperkukuh pendidikan Sivik dengan menjadikan perkhidmatan komuniti sebagai prasyarat untuk tamat persekolahan menjelang 2017
- Memperkukuh Pendidikan Islam dan Moral dengan memberi lebih fokus ke atas teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017
- Memperkembangan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1 Sukan, 1 Kelab dan 1 Badan Beruniform
- Mengukuhkan dan memperluas RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah, kumpulan etnik dan sosio ekonomi
4. TRANFORMASI KEGURUAN SEBAGAI PROFESION PILIHAN
- Mengetatkan syarat lantikan guru mulai 2013 supaya dalam kalangan graduan 30% teratas
- Meningkatkan kualiti CPD mulai 2013, dengan lebih tumpuan ke atas keperluan individu dan latihan berasaskan sekolah
- Memastikan guru memberi fokus ke atas fungsi teras pengajaran mulai 2013 dengan mengurangkan beban pentadbiran
- Melaksanakan laluan kerjaya guru berasaskan kompetensi dan prestasi mulai 2016
- Meningkatkan laluan guru untuk peranan kepimpinan, pakar pengajaran dan pakar bidang khusus menjelang tahun 2016
- Membudayakan kecemerlangan berasaskan pimpinan rakan sekerja dan proses pensijilan mulai 2025
5. MEMASTIKAN KEPIMPINAN BERPRESTASI TINGGI DI TEMPATKAN SETIAP SEKOLAH
- Memperkenalkan kriteria pemilihan berasaskan kompetensi dan memperkukuhkan proses perancangan penggantian bagi pengetua/guru besar mulai 2013
- Melaksanakan pakej kerjaya baharu bagi pengetua guru besar mulai 2013, dengan lebih sokongan, lebih fleksibiliti pengoperasian bagi menambah baik sekolah, kurikulum dan kokurikulum, serta lebih akauntabiliti terhadap meningkatkan keberhasilan murid
6. MENGUPAYA JPN, PPD DAN SEKOLAH UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN KHUSUS BERASASKAN KEPERLUAN
- Mempercepatkan penambahbaikan prestasi sekolah melalui program yang sistematik dan dipimpin PPD di semua negeri menjelang 2014
- Meningkatkan autonomi pengurusan berasaskan sekolah, termasuk lebih fleksibiliti pengoperasian ke atas pengagihan bajet dan pelaksanaan kurikulum, dimulai dengan sekolah yang mencapai prestasi tinggi dan menunjukkan peningkatan prestasi besar
- Memastikan 100% sekolah memenuhi keperluan infrastruktur asas menjelang 2015, bermula dengan Sabah dan Sarawak
7. MEMANFAATKAN ICT BAGI MENINGKATKAN KUALITI PEMBELAJARAN DI MALAYSIA
- Meningkatkan akses internet dan persekitaran pembelajaran maya melalui 1BestariNet bagi semua 10,000 sekolah menjelang 2013
- Menambahkan kandungan atas talian untuk perkongsian amalan terbaik bermula dengan perpustakaan video guru terbaik menyampaikan pengajaran dalam mata pelajaran kritikal pada 2013
- Memanfaatkan penggunaan ICT bagi pembelajaran jarak jauh dan berasaskan kendiri untuk meningkatkan kapasiti dan pembelajaran lebih khusus
8. MENTRANFORMASI KEBOLEHUPAYAAN DAN KAPASITI PENYAMPAIAN KEMENTERIAN
- Mengupaya JPN dan PPD dengan memberi lebih hak membuat keputusan terhadap bajet dan personel, serta meningkatkan akuantabiliti bagi KPI mulai 2013
- Sekurang-kurangnya 2,500 lagi personel ditempatkan daripada KPM dan JPN kepada PPD untuk menyokong sekolah menjelang 2014
- Memperkukuh kebolehupayaan kepimpinan bagi 150-200 jawatan kepimpinan utama mulai 2013
- Memperkukuh fungsi utama dan merasionalisasi struktur Kementerian mulai 2016
9. BEKERJASAMA DENGAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA SECARA MELUAS
- Melengkapi ibu bapa bagi membantu pembelajaran anak mereka melalui sarana penglibatan ibu bapa dan akses atas talian kepada kemajuan anak di sekolah (SAPS)
- Mendapatkan maklum balas daripada setiap PIBG mengenai pelaksanaan kurikulum setempat dan kualiti guru mulai 2016
- 1,000 biasiswa daripada sektor swasta untuk murid berbakat daripada komuniti miskin untuk belajar di sekolah swasta dan antarabangsa
- Memperluas model Sekolah Amanah kepada 500 buah menjelang 2025 dengan melibatkan kumpulan alumni dan NGOs yang berpotensi sebagai penganjur
10. MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID BAGI SETIAP RINGGIT
- Mengaitkan setiap program kepada keberhasilan murid yang jelas dan merasionalisasi program berimpak rendah pada setiap tahun, selaras dengan anjakan keseluruhan kerajaan ke arah Buget Berasaskan Keberhasilan (OBB)
- Memanfaatkan peluang meningkatkan efisiensi, dengan mengagihkan peruntukan kepada bidang paling kritikal seperti peningkatan kemahiran dan latihan guru
11. MENINGKATKAN KETELUSAN UNTUK AKAUNTABILITI AWAM SECARA LANGSUNG
- Menerbitkan laporan tahunan awam bagi kemajuan sasaran dan inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan mulai 2013
- Melaksanakan semakan komprehensif pada tahun 2015, 2020 dan 2025 bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan kekal relevan dengan memasukkan maklum balas daripada pihak berkepentingan dan mengambil kira perkembangan persekitarannya
Bagaimanakah cabang-cabang falsafah berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
- Metafizik berkaitan dengan FPK mengajar hal-hal tentang matlamat pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai, dan sikap terhadap sifat semula jadi pelajar.
- Epistemologi berkaitan dengan FPK memberi perhatian kepada apa yang dimaksudkan oleh konsep-konsep psikologi.
- Aksiologi berkaitan dengan FPK dibahagikan kepada dua iaitu etika dalam kualiti moral dan tingkah laku manusia, dan estetika kecantikkan seni, pengalaman, alam dan kehidupan.
- Logik berkaitan dengan FPK mengajar perintis dalam kemahiran berfikiran logik dan pemikiran tepat dalam sains.
Learning Theories. (Teori Pembelajaran)
1. Behavioral Theory (Sikap)
- Satu prinsip yang mengaplikasikan perbezaan sikap terhadap individu yang berbeza berfokuskan kepada dorongan dan tindak balas. Pembelajaran ini melibattkan perubahan sikap individu.
2. Cognitive-Development Theory (Perkembangan Minda)
- Satu proses yang melibatkan mentaliti dalaman (termasuk apa yang dilihat, proses cerna maklumat, memori, dan persepsi) berfokuskan kepada struktur minda daalaman untuk mengembangkan kemampuan dan kemahiran pembelajaran yang lebih baik..
3. Humanistic Theory (Kemanusiaan)
- Sesuatu tindakan individu untuk memenuhi potensi diri. Berfokus kepada keberkesanan dan keperluan minda bertujuan membentuk diri sendiri dan kebebasan autonomi.

Wednesday 20 March 2013
Cabang-cabang Falsafah
1. Metafizik/Ontologi
Falsafah Metafizik adalah sesuatu yang berkaitan dengan Realiti serta melampaui hal fizikal dan kebendaan. Falsafah ini juga mempunyai persoalan yang jauh melampaui dengan apa yang boleh dijawab dengan merujuk siasatan saintifik. Ia berkait dengan fikiran tentang matlamat pendidikan, pemilihan kandungan dan matlamat pendidikan yang sesuai dan sifat semula jadi pelajar.
2. Epistemologi
Falsafah yang berkaitan dengan sifat semulajadi ilmu. Ia memberi rasional untuk memilih bahan untuk diajarkan. Pengetahuan datangnya dari wahyu, kuasa, intuisi, pancaindera atau penaakulan atau eksperimen.
3. Aksiologi
Falsafah yang berhubung dengan nilai seperti etika dan agama. Aksiologi berasal daripada perkataan yunani yang bermaksud 'nilai'. Falsafah ini menumpukan perhatian kepada apa yang seharusnya berlaku.
4. Logik
Falsafah yang melibatkan sains tentang pemikiran tepat dan berkaitan dengan hubungan antara idea dan prosedur yang digunakan membezakan pemikiran yang sah dan mengelirukan. Falsafah ini membantu komunikasi yang lebih berkesan. Umumnya terdapat 2 jenis logik :-
i. Logik deduktif - sesuatu yang bermula dengan penerangan umum dan diikuti penerangan yang khusus.
ii. Logik Induktif - sesuatu yang bermula dengan penerangan yang khusus dan diikuti penerangan umum.
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%207%20-%20Falsafah%20Pendidikan%20Guru.pdf

Apa yang kita pelajari hari ini dalam P&P SENI?
" Every child is an artist. The problem is how to remain an artist once we grow up." - Pablo Picasso.
Prinsip Pengetahuan
Melibatkan :
1. Guru - Master
2. Murid - Apprentice
3. Qadar - Duration
4. Mahar - Values
5. Azam - Determination
6. Tempat - Place
Cabang Falsafah
Terbahagi kepada 4 Cabang :
1. Metafizik
2. Epistemologi
3. Aksiologi
4. Logik
Prinsip Pengetahuan
Melibatkan :
1. Guru - Master
2. Murid - Apprentice
3. Qadar - Duration
4. Mahar - Values
5. Azam - Determination
6. Tempat - Place
Cabang Falsafah
Terbahagi kepada 4 Cabang :
1. Metafizik
2. Epistemologi
3. Aksiologi
4. Logik
Subscribe to:
Posts (Atom)