Menurut teori otak kanan-otak kiri dominan, kedua-dua otak mengawal fikiran yang berbeza. Tambahan lagi, individu biasanya menggunakan salah satu bahagian otak sahaja lebih kuat berbanding satu bahagian otak lagi. Sebagai contoh, individu yang banyak menggunakan otak kiri dikatakan lebih logikal, analitik dan objektif. Manakala individu yang dominan otak kanan dikatakan lebih intuitif, berpikir panjang dan subjektif.
Otak kanan berkebolehan dalam :
1. Mengenal wajah
2. Mengekspresi emosi
3. Muzik
4. Memahami emosi
5. Gambaran
6. Intuitif
7. Kreativiti
Otak kiri berkebolehan dalam :
1. Bahasa
2. Logik
3. Pemikiran kritis
4. Nombor
5. Fakta

No comments:
Post a Comment