-->

Suhaimi Mohd Sharif (SMS)

E-Diary

Wednesday, 1 April 2015

NOMAD ZUBIR

MALAM baru menjengah. Jam di dinding baru menunjukkan 8.00 malam. Suasana Kolej Kediaman di Universiti Malaya selalunya meriah dengan pelajar-pelajar yang belajar ramai-ramai di dewan terbuka. Ada juga yang hanya belajar di bilik. Atau mungkin melayar internet sahaja berbanding menelaah buku. Di penjuru katil, Zubir menyandar di dinding, acap kali termenung. Tidak tahu apa yang dimenungkan. Terkadang sering kali juga menungannya diselit dengan angan seumpama angannya Mat Jenin. Dia mengenang kenangan bersama emaknya yang dia tinggalkan semasa dia berumur 11 tahun kerana mengikut untuk tinggal bersama abah. Walaupun jarak antara rumah emak dan abah hanya dibezakan dengan satu pekan iaitu Taiping dan Kamunting, tetapi sukar bagi Zubir untuk menjenguk emak kerana sikap abah yang panas baran dan abah perlukan anaknya membantu berniaga menjual kuih pau di Stesen Keretapi Taiping.
            Dulu, pada awal Zubir tinggal bersama abah, sikap abah sangat berbeza. Abah lembut dengan Zubir mungkin sebab Zubir baru berumur 11 tahun. Bermula dari situ jugalah hidup Zubir terumbang ambing. Ketika dia memasuki darjah enam, dia pindah sekolah ke Sekolah Kebangsaan Kampung Jambu. Walaupun Zubir di sekolah lamanya antara murid yang pintar, tetapi di sekolah barunya ini, dia ditempatkan di kelas yang paling belakang. Sedikit pun, dia tidak berkecil hati, malah dia buktikan terus-terusan mencapai kejayaannya berbeza dengan murid-murid lain di kelas itu. Ada yang cemburu, ada juga yang tertarik untuk belajar bersama. Usaha Zubir yang tak pernah putus membuahkan hasil apabila dia berjaya dalam peperiksaan UPSR-nya. Keputusan peperiksaan itu membolehkan Zubir memasuki sekolah berasrama dan masuk ke kelas Rancangan Khas iaitu kelas yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar cemerlang.
“Abah, abah... Zubir diterima masuk sekolah berasrama,... sekolah K.E” dengan gembiranya Zubir bercerita kepada abah.
“Sekolah K.E.?” pendek sahaja abah bertanya.
“Sekolah Menengah Kebangsaan King Edward Taiping”. Panjang Zubir menerangkan.
            Sebenarnya, kala abah mendengar sekolah berasrama itu sendiri reaksi abah sangat berbeza dengan apa yang diharapkan Zubir. Setelah berbincang dengan abah, Zubir hanya masuk ke sekolah itu sebagai pelajar menengah harian yang tidak tinggal di asrama. Alasan abah kerana nanti tiada siapa yang nak tolong abah jadi tukang kira harga jualan kuih pau. Ya, Zubir sedar, abah kurang mahir dalam menghitung. Demi abah dan mencari wang saku, Zubir turutkan sahaja. Kadang, sehingga jam 4 pagi dia menjaja di stesen keretapi tersebut. Habis menjaja, Zubir tidur di dalam van jualan pau sementara menanti waktu untuk ke sekolah. Begitulah rutin hariannya ketika sekolah menengah. Paginya ke sekolah, petangnya menjaja. Kerja sekolah dibuat sambil-sambil dia berniaga. Zubir tekun dalam kerjanya dan pelajarannya. Pelanggan yang datang membeli kuih pau disitu, kadang ada yang memuji kerajinan Zubir.
“Bagusnya adik ni... sambil-sambil berniaga sambil buat kerja sekolah.” Tegur pelanggan yang singgah di gerai jajaannya.
            Zubir hanya berterima kasih dengan pujian itu, terkadang hanya mampu senyum. Ketekunan Zubir membawa kejayaan dalam PMR-nya. Apabila masuk ke tingkatan empat, dia mengambil aliran sains kerana minatnya dalam biologi. Tetapi di kala itu pula, Zubir yang dulunya rajin dan tekun mula berubah perlahan-lahan. Mungkin kerana jiwa remajanya yang memberontak kerana faktor sikap abah yang juga berubah panas baran. seringkali abah marah dan melemparkan kata kesat kepada Zubir apabila ada sedikit saja salah yang Zubir lakukan. Zubir sudah imun dengan marah abah. Zubir seringkali tidur dalam kelas, terutamanya kelas kimia. Prestasinya merosot, kadang dia dipanggil berjumpa guru kauseling kerana perubahannya akan menjejaskan masa depan dan biasiswa yang diterimanya. Apabila dia masuk ke tingkatan lima, ada satu hal yang besar Zubir timbulkan. Zubir telah meninggalkan abah dan pulang untuk tinggal bersama emak. Entah bagaimana, Zubir turut pindah sekolah masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Kamunting. Sekolah yang dikatakan teruk dan mempunyai banyak rekod buruk. Tetapi jiwa Zubir yang memberontak ketika itu, langsung tidak mengendah kesan tingkahnya. Apa yang penting dia dapat lari dari abah.
            Zubir di sekolah barunya juga mengalami masalah kerana ada sahaja pelajar lain yang membuli dan mencari gaduh dengannya. Tapi lebih berat lagi, abah telah membuat laporan dan mengambil tindakan mahkamah untuk hak penjagaan Zubir. Lalu atas perintah mahkamah Zubir perlu pindah semula ke sekolah asalnya iaitu SMK King Edward. Ketika itu, hidupnya sudah tidak tentu hala. Tidak nampak dimana tujuannya. Bayangkan, Zubir pindah sekolah pada bulan Mac dan bersekolah selama empat bulan dan terpaksa pindah semula ke sekolah asal. Dia tidak ada tujuan. Hendak mendaftar sebagai calon SPM pun menjadi kucar. Selepas perbincangan dengan Pejabat Pendidikan Daerah, (PPD), Zubir ditempatkan sebagai calon menumpang di sekolah asalnya. Ketika itu juga, abah telah membenarkan Zubir tinggal di asrama. Hiduplah dia di asrama sebagai pelajar bermasalah yang perlu dibentuk semula walaupun hanya beberapa bulan sahaja lagi yang tinggal sebelum peperiksaan SPM. Ketika peperiksaan berlangsung, Zubir dapat menjangka yang pada kali ini, dia tidak akan menjadi pelajar yang terbaik. Sememangnya benar jangkaan Zubir. Apalah yang diharapkan jika dia terumbang ambing sedemikan rupa. Putus asa. Zubir membawa diri ke Kuala Lumpur, (KL), mencari kerja. Di KL, Zubir tinggal bersama makciknya di Taman Indah Perdana, Kepong dan mula berkerja di pasaraya 24 jam 7-Eleven. Kerja di sini sememangnya lumayan bagi seorang bujang yang tidak tahu masa depannya. Tetapi oleh kerana pekerja 7-Eleven selalu bertukar-tukar dan tidak tetap, ia mendorong kepada kekurangan pekerja dan Zubir kadangkala terpaksa berkerja sepanjang 24 jam tanpa pertukaran shift.
“Zubir, ini surat amaran pertama untuk awak. Awak tahukan, semasa berkerja, pekerja tak boleh tidur, CCTV ni merakam awak tidur semasa berkerja. Lepas ni saya tak nak lihat lagi ada rakaman awak tertidur semasa berkerja.” Panjang Lebar Zubir di leteri oleh pengurus cawangan 7-Eleven.
Memang benar kerja 7-Eleven meletihkan terutama apabila tidak ada pekerja yang menggantikan Zubir. Bagaimanalah dia tidak tertidur, apabila dia sendiri keletihan kerana terpaksa berkerja seharian tanpa berhenti. Seringkali Zubir mencebik tetapi tidak mampu untuk berkata di depan pengurus cawangan tersebut. Mungkin kerana perbezaan pangkat. Dia tidak berani untuk bersuara secara muka ke muka.
            Selepas tiga bulan berkerja di 7-Eleven, Zubir pulang semula ke kampung, berhenti tanpa memberikan notis berhenti kerja, Akibatnya nama dia di senarai hitam dari mana-mana cawangan 7-Eleven. Namun kepulangan Zubir bukanlah secara sengaja, tetapi setelah menerima panggilan talifon daripada emak.
“Zubir, baliklah kampung, kau dapat tawaran untuk sambung ke tingkatan enam” beritahu emak.
            Berita emak sedikit mengejutkan Zubir. Tidak sekalipun dia mengharap untuk sambung belajar. Apatah lagi, melihatkan keputusan peperiksaan SPM-nya dahulu yang teruk. Namun berita itu sedikit sebanyak menguntumkan perasaan gembira dihatinya. Dengan kata lain, dia masih ada harapan untuk belajar di menara gading dan STPM akan menjadi tiket untuk dia tawan menara gading.
“Eh! Zubir... panjang menungnya, ingat awek ke?” Tegur Azmi, teman sebilik Zubir di Universiti Malaya.
            Teguran Azmi mematikan lamunan panjangnya. Zubir tersedar daripada lamunan, daripada segala pahit maung yang dia telah lalui ketika alam remajanya. Dia tersenyum sendiri mendengar sapaan teman sebiliknya.
“Banyaklah kau punya awek... siapalah yang nak dekat aku ni, dah lah hensem” balas Zubir sambil berjenaka.
“Piirah... perasanlah kau ni. Dah! tak payah nak jadi Mat Jenin, sekarang ikut aku kita pergi warung, kita makan.” Azmi menyahut dengan cara seorang teman rapat.
            Jujur Zubir senang dengan sikap teman sebiliknya. segala kenangan hanya disimpan untuk dijadikan satu pengalaman yang mengajar dia untuk berubah ke arah kebaikan. Dia yang dulunya hidup tidak menentu, kini tidak mempeduli tentang masalah keluarga. Sesekali, kata-kata cikgu menjengah.
“Masalah mak dan abah, awak tak perlu campur, yang penting awak belajar, dan buktikan awak boleh jadi lebih baik”
            Kata-kata itulah yang dipegang sehingga kini. Malah sekarang ini merupakan semester terakhir Zubir di Universiti Malaya, sebagai seorang pelajar yang belajar Kesenian Melayu. Dia tersenyum sendiri mengenang semula segala masalah yang dilalui
dan terkadang merindui zaman kanak-kanaknya. Benar pengalaman itu mengajar.

            “Ini kisah aku, seorang pelajar tahun akhir yang dulunya banyak masalah keluarga, yang dulunya sering berpindah randah penjagaan, berpindah randah sekolah, diajar berdikari mencari wang sendiri. Segalanya aku telan untuk aku jadikan pengalaman yang mendidik.” Dalam perjalanannya menuju ke warung bersama Azmi, Zubir bermonolog sendirian di dalam hatinya.

Posted by Unknown at 15:24 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 31 March 2015

Puisi untuk Atira

Sejenak ku lihat wajahmu,
Kala itu semilir bertiup di hati,
Kala itu galau menyentak di jiwa,
Kala itu resah bertandang di mata,

Tiadalah fatan untuk bermadah,
segala atas kehendak Allah,
Kerana Bismillah...
Aku mencintaimu.
Telah ku ketuk pintu hati,
Niat menjadi pelengkap hidupmu.
Sudikah dirimu menanti?

Posted by Unknown at 15:42 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Deria Menjadi Saksi

Manusia,
Kau punya anggota yang perlu dijaga,
Mata yang menyaksi,
Telinga yang mendengar,
Lidah yang bermadah,
Tangan yang menyentuh,
Apalagi kaki yang melangkah,
Bukti kehidupanmu di dunia.

Dikala kau ke rumah kecil,
Kala itu,
Terkuncilah lidahmu,
Bersuaralah matamu,
Berceritalah telingamu,
Bermadahlah tanganmu,
Beromonglah kakimu,
Menjadi saksi perbicaraan,
Menghisab di Mahkamah Ukhrawi.
Bersediakah kita?

Mari kita renung,
Kita hanya pelakon
di pentas dunia,
Yang mudah berjanji,
Lagi mudah memungkiri,
Yang hidup rasional,
Tetapi bertindak emosional,
Alangkah walangnya pinjaman ini,
Memikirkan pertemuan Ukhrawi.

Muhasabahlah diri.

Posted by Unknown at 14:56 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Mixed Feeling

1st April 2015, Wednesday - It's been a long time since my last post and I started to miss my writing. Dear blog, the time I was missing, I have done many things that make me happy, anger, piss off,  annoyed, cry, love. I realized this is my last semester and I'm gonna miss my uni life. Those past two months gave me so much memories. Especially with the poems team. We joked around, fight, laughed, cried, and trained with so much effort, created our own bonding. With God bless, we achieved the success. But somehow, deep in my heart, I felt miss with those time we spent together. Maybe... it because of my last semester here. Dear friends, I don't care what you said about me. As long as we still be friends. Because deep in my heart, I know I can trust you.

Because you're my nakama.

Posted by Unknown at 14:05 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, 12 January 2015

13 Jan 2015, Tuesday - Assalamualaikum. Well it's been a long time since the last time I post a story of me. I hope I'm not too late to wish  Welcome 2015. The fact that I'm reaching 23.So, along 3 to 4 months ago, it's really been a hectic months for me and it make me unable to write anything. Well actually that's not the only reason. But let make it easy with this reason only.





Actually, today I already ended my last exam paper while most of the junior already have their holidays. So, during the exam, there's a lot of things i do instead of reading and reading and reading and reading again. Well the first thing caught my attention is the creativity of doodle. Secondly, Matluthfi's Diary and lastly photo of my friends.
Contengan Asal

Selepas disapu dengan poster colour.

Contengan-Disebalik Gunung
Suhaimi Mohd Sharif
Kertas Lukisan
279 mm x 381 mm
Gambar kawan-kawan

Buku Mat Luthfi

Muka aku dah cerah.... ^_^ (apa kaitan?)

Posted by Unknown at 22:23 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Profil Saya

Unknown
View my complete profile

Jom Borak

Like (y)

Followers

Blog Archive

  • ▼  2015 (5)
    • ▼  April (1)
      • NOMAD ZUBIR
    • ►  March (3)
      • Puisi untuk Atira
      • Deria Menjadi Saksi
      • Mixed Feeling
    • ►  January (1)
      • 13 Jan 2015, Tuesday - Assalamualaikum. Well it's ...
  • ►  2014 (23)
    • ►  September (7)
    • ►  July (1)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2013 (37)
    • ►  December (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (5)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (9)
    • ►  April (5)
    • ►  March (13)
Picture Window theme. Theme images by fpm. Powered by Blogger.
Red Rose), url(Red Rose), auto;}