Terbaiklah... Moment show Teknik Seni Persembahan buat Joget Pahang agaknya brapa la aku score untuk subjek ni... apa pun best.. Ramai yg ada bakat tapi kena asah... Berat Nanang...
Okay apa yang ingin aku tunjukkan dalam gambar ni ialah semua orang ada kreativiti, yang membezakan ialah laras kreativiti. "semakin diasah semakin tajam, semakin dibiar semakin karat." Contohnya dalam gambar ni sendiri bagaimana individu yang menghasilkan kereta kotak ini untuk mengilusikan kereta sebenar sehingga individu-individu lain dapat sepadankan antara kepala dan posisi badan pemandu dan penumpang. Kreatif. Jadi seni ni wujud dalam diri semua orang.... XOXO :) Mie
Sepanjang kuliah bersama Dr. dan Dr. Ross, tiada banyak permasalahan yang saya hadapi. Cuma dua sahaja iaitu saya rasa mengantuk semasa kelas Dr. Ross iaitu semasa beliau menayangkan video seni. Rata-rata pelajar lain ada juga tertidur saya perhatikan. salah satunya adalah kerana keadaan bilik yang gelap dan berhawa dingin syok tidur. keduanya ialah faktor video yang ditayangkan kelihatan suram. Permasalahan yang kedua saya hadapi ialah kekangan masa. pelajar seperti terpaksa bertukar-tukar arah antara Dr. Ross dgn Dr. sendiri. Hal ini menyebabkan banyak aktiviti kita yang sepatutnya dilakukan tergendala, bertukar rancangan dan sebagainya. hal ini ada saya kemukakan dalam umctes berharap akan ada perubahan yang baik untuk mahasiswa akan datang kelak.