Apa itu?
konstruktivisme dari segi idea, adalah pelajar membina pengetahuan untuk diri mereka sendiri. Ia juga membawa maksud satu proses pembelajaran yang aktif dan dinamik. Murid dapat membina pengetahuan di sekelilingnya melalui refleksi. Pengetahuan yang dibina adalah berpandukan cara pengajaran sesuatu topik yang dipersembahkan oleh guru itu dan kualiti pengalaman murid itu sendiri.
Prinsip-prinsip pembelajaran Konstruktivisme
1. proses aktif menggunakan deria dan membawa makna daripadanya. Prinsip ini menyatakan pelajar perlu melakukan sesuatu dan pengajaran bukanlah satu proses penerimaan pengetahuan secara pasif kepada pelajar. Ia perlu dibina bersama pengalaman yang dilalui pelajar.
2. manusia belajar cara belajar kerana mereka belajar. Pembelajaran terdiri daripada membina makna dan membina sistem makna contohnya jika kita melihat sela jadual seni visual dalam jadual waktu, kita bukan sahaja belajar tentang jadual seni itu tetapi turut belajar makna jadual itu sendiri.
3. Mental. peranan tindakan yang sangat penting dalam proses membina makna. Ia berlaku di dalam minda. Pembelajaran secara hands-on sangat diperlukan bagi menjana minda dalam memberi idea.
4. Bahasa. bahasa yang digunakan guru juga mempengaruhi pengajaran. pengajaran lebih mudah apabila menggunakan bahasa ibunda bagi menyampaikan pembelajaran.
5. Pembelajaran adalah aktiviti sosial. berkait rapat dengan hubungan kita dengan manusia yang lain seperti keluarga, guru, rakan-rakan serta kenalan kasual.
Sunday 28 April 2013
Pembelajaran Masteri
Apa itu?
Pembelajaran Masteri adalah pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan murid dalam sesuatu perkara yang di pelajari.
Konsep
membimbing guru untuk memahami dan melaksanakan P&P secara berkesan.
Rumusan Pembelajaran Masteri
suatu pendekatan p&p bagi memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam pengajaran sebelum berpindah kepada unit pengajaran yang lain dan memerlukan proses pengajaran yang berkualiti.

Saturday 27 April 2013
Rancangan Pengajaran Dan Pembelajaran Harian
MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL
BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan
AKTIVITI : Membuat Bangunan
TAJUK : Membuat model bangunan
MASA : 3.00 hingga 4.00 petang
BILANGAN MURID : 32
KEMAHIRAN FOKUS : Mereka cipta model bangunan di
Malaysia
OBJEKTIF MODUL : Guru
dapat mengajar murid cara-cara untuk menghasilkan sebuah model bangunan di Malaysia.
OBJEKTIF
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Pada akhir
pelajaran murid dapat:
Membentuk dan membina sebuah model bangunan dengan
menggunakan bahan-bahan buangan
Menghias model bangunan dengan menggunakan pelbagai bahan buangan
Menghasilkan sebuah model bangunan secara kreatif dan
inovatif (pelbagai rupa dan bentuk)
KEPERLUAN
Alat – gunting, kertas warna, gam, tape, pensil warna
Bahan- bahan buangan(bod tebal, kotak minuman, straw
minuman, batang aiskrim)
Rujukan:
Kad gambar
Objek maujud bangunan (menara, mercu tanda)
Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Tahun 4
Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni
Maklumat Internet
PROSEDUR
Guru merancang strategi pengajaran dan menerapkan Teori
Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan,dan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan
Kreatif
Guru menentukan aras pembelajaran dalam pengajaran dan
pembelajaran
Guru memulakan aktiviti dengan induksi set mengenai bangunan
masa dahulu sambil menerapkan Kajian Masa Depan bersoal jawab
Guru menunjuk cara dan membimbing murid dalam proses membuat
sebuah model bangunan dari bahan buangan
Apresiasi dan Kritikan
KBKK : Mereka
cipta mensintesis, menjana idea, menghubungkaitan
PENERAPAN NILAI : Ketekunan dan Ketelitian
BUTIRAN KEGIATAN
|
HASIL PEMBELAJARAN
|
STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
Aktiviti 1 (5 minit)
Guru mengedarkan kad gambar berkaitan dengan bentuk
bangunan yang ada
Guru mengendalikan sesi soal jawab
Apakah gambar yang terdapat pada kad yang kamu pegang
Apakah pandangan anda tentang gambar tersebut
Aktiviti 2 (20 minit)
Meneroka pelbagai bahan yang boleh digunakan. Kesan tindak
balas bahan yang digunakan
Guru menunjukkan cara membuat model bangunan
|
Murid memerhati dan membuat analisa tentang gambar
Murid memberikan pandangan mereka tentang gambar berkenaan
Murid memilih bahan yang sesuai untuk digunakan dalam
menghasilkan model bangunan
Murid mengetahui bahawa prinsip imbangan dan unsur ruang,
bentuk dan warna penting dalam membuat model bangunan
|
Teori Kajian Masa Depan
Menjangka
Fungsi produk
Teori Kecerdasan Pelbagai
Verbal Linguistik
KBKK (Kreatif)
Mereka cipta
Mensintesis
Penerokaan
Membanding beza
Menilai – struktur bangunan maujud berserta stability
sesebuah bangunan melalui model
KBKK (Kreatif)
Menjana idea
Mereka cipta
Menghubung kaitan
|
Aktivit 3 (25 minit)
Guru membimbing murid semasa menghasilkan model bangunan
Memotong bentuk yang diinginkan
Melipat bahan mengikut struktur bentuk yang diinginkan
Mencantum bahan bangunan
Menampal kertas warna
Sesi Apresiasi dan Refleksi (10 minit)
Sesi Apresiasi
Mempamerkan hasil kerja
Bercerita tentang bangunan
Membuat refleksi bagaimana penghasilkan model kereta
dilakukan
|
Murid membuat model bangunan dengan
Memotong
Melipat
Mencantum
Menampal
Murid mempamerkan pelbagai hasil kerja yang dibuat
Murid dapat menilai keupayaan diri sendiri
|
KBKK (Kreatif)
Mereka cipta inovatif
Nilai
KBKK – Kritis
Membanding beza
Menganalisis
Teori Kecerdasan Pelbagai
Verbal Linguistik
|
Refleksi Guru:
Wednesday 17 April 2013
Aras Taxonomy
Taksonomi yang diperkenalkan oleh Benjamin Bloom pada tahun 1956 dalam domain kognitif terbahagi kepada 6 aras iaitu :-
1. Mengingat (Remembering)
Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.
Contoh: Nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.
2. Memahami (Comprehending)
Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.
Contoh: Pilih, terangkan, tulis semula.
3. Mengaplikasi (Application)
Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.
Contoh: Selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.
4. Menganalisis (Analysis)
Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.
Contoh: Bezakan, pasti, pilih.
5. Mensintesis (Synthesizing)
Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.
Contoh: Bina, hasilkan, susun, kembangkan.
6. Menilai (Evaluating)
Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.
Contoh: Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.
Tuesday 9 April 2013
Pemerhatian di sekolah untuk Lesson plan murid tahun 4
9/April/2013
Okay hari ni saya telah pergi ke sebuah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Long Jaafar, 34600, Kamunting, Perak untuk memulakan pemerhatian saya terhadap pendekatan, kaedah, teknik dan strategi Pendidikan dan Pengajaran seni yang digunakan oleh cikgu sekolah itu..
Sebenarnya saya sudah pergi ke sekolah tersebut pada hari sebelumnya(semalam lah) tapi itu untuk memeberitahu kedatangan saya serta meminta izin pihak sekolah untuk saya membuat pemerhatian. Saya telah menyediakan satu borang pemerhatian P&P seni bagi memudahkan lagi pemerhatian saya.
Kelas Seni yang saya masuki ini ialah kelas paling hujung atau pun boleh kata kelas terakhir daripada 4 kelas. Dari segi kefahaman murid serta pemikiran murid, boleh dikatakan di tahap rendah kerana daripada apa yang saya perolehi mereka dari kalangan yang datang dari kelas peralihan. Nama cikgu yang saya perhati ini ialah Cikgu Suhaila Bt Mohd Saad.
Kelas dimulakan dengan guru kelas membuat ulasan tentang kerja murid minggu lepas iaitu pengenalan kepada membentuk dan membuat binaan. Pada hari ini kelas diteruskan lagi dengan penghasilan yang seterusnya iaitu hiasan dinding. Daripada pemerhatian saya, guru ini menggunakan pendekatan Teacher Centered bagi mengawal keadaan kelas tetapi masih ada lagi pendekatan Students Centered dan Tools Centered yang digunakan dalam P&P kerana ada idea-idea yang dikeluarkan murid serta penggunaan bahan bantu mengajar seperti akhbar dan kertas lukisan bagi menghasilkan Hiasan Dinding digunakan.
Seterusnya, guru ini telah menggunakan kaedah Terus dalam P&P iaitu menerangkan bagaimana untuk menghasilkan Hiasan Dinding serta bahagian kertas lukisan mana yang harus digunakan murid bagi mengesankan P&P.
Guru ini turut menggunakan teknik Simulasi bagi menghasilkan satu contoh gambaran kepada murid dalam satu tempoh singkat berserta hiasan. Guru turut menggunakan teknik tunjuk cara iaitu menunjuk cara menghasilkan karya mengikut langkah daripada umum kepada khusus bagaimana menghasilkan hiasan dinding.
Strategi SMART yang digunakan oleh guru tersebut:
Specific : Berdasarkan teknik tunjuk cara, guru ini telah menerangkan P&P secara jelas bermula dengan ulasan P&P minggu lepas sebagai pengenalan kepada apa yang akan dilakukan murid hari ini
Measurable : P&P ini boleh diukur mengikut kefahaman kelas tahap pemahaman rendah dengan car menggunting dan menampal serta menghias mengikut tahap murid ini.
Attainable : P&P ini boleh dicapai murid berdasarkan tahap mudah faham murid berserta simulasi dan contoh yang ditunjukkan sebelum menerangkan cara penghasilan karya disamping itu juga saya ada mengambil gambar hasil kerja murid menunjukkan murid memahami dan mencapai P&P.
Relevant : P&P ini relevan kerana murid turut dapat menyampaikan idea-idea berkaitan dengan P&P menunjukkan murid memahami kelas.
Time-Bound : Kelas ini bermula pada jam 9.40-10.40, walau bagaimanapun mengikut keadaan guru tersebut, kelas telah dimulakan pada jam 9.45 dengan menerangkan P&P berserta ulasan dan simulasi selama 15 minit dan baki selebihnya iaitu 40 minit diberi kepada murid untuk menghasilkan Hiasan Dinding dengan menggunakan akhbar
Pemerhatian Tambahan :
Guru dapat mengawal keadaan kelas yang bising dengan teratur.
Guru akan kembali kepada tugasan utama yang harus dilakukan murid bagi mencapai P&P.
Gambar hasil kerja murid :

Subscribe to:
Posts (Atom)